MODUL ASAS PENGURUSAN HALAL BAGI PENGUSAHA KECIL PREMIS MAKANAN DAN MINUMAN
Keywords:
Keusahawanan, Industri makanan, Syariah, Halal, KebersihanSynopsis
Modul ini disusun secara sistematik melalui enam bab utama yang membincangkan asas pengurusan halal industri makanan secara holistik, khususnya di premis kecil makanan dan minuman. Modul ini dimulakan dengan sorotan latar belakang pembangunan modul dalam Bab 1. Perbincangan diteruskan dalam Bab 2 yang membedah konsep asas halalan tayyiban serta signifikannya terhadap operasi premis makanan dan minuman, manakala Bab 3 pula memperincikan struktur sistem bersepadu pengurusan halalan tayyiban bagi menjamin integriti rantaian bekalan. Seterusnya, Bab 4 menilai tahap kesedaran terhadap pensijilan halal, manakala Bab 5 menyediakan garis panduan teknikal mengenai prosedur permohonan pensijilan tersebut sebelum dirumuskan secara menyeluruh dalam Bab 6. Intipati modul ini memberikan penekanan khusus terhadap literasi asas pengurusan halal yang wajib dikuasai oleh pengusaha kecil premis makanan dan minuman bagi memastikan kelestarian serta pematuhan syariah (makanan dan minuman) dalam perniagaan mereka.
References
Department of Standards Malaysia (2019). Malaysian Standard, MS1500:2019. Halal Food-General Requirements (Third Revision).
Halimy, N. N. A. (2023, June 13). Permohonan sijil Halal dalam kalangan bumiputera meningkat. Sinar Harian. https://www.sinarharian. com.my/article/263249/berita/nasional/permohonan-sijil-Halal-dalam-kalangan-bumiputera-meningkat
Jabatan Standard Malaysia (2019). MS1500:2019
JAKIM (2020). Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM 2020). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). https://www.halal.gov.my
Saiman, M. Z., & Yusma, N. S. (2022). Issues and Challenges of Promotion Halal Certification for Muslim Entrepreneurs in Malaysia. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 28(2), 116-128.
Zion market research, 2023, https://www.zionmarketresearch.com/ report/halal-food-market, July 2023, 24/12/24
Published
Categories
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.